Judul : Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah
link : Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah
Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah
Anda mahu mengetahui perkembangan terkini prestasi akademik anak anda tetapi kadang kala terlupa atau anak anda sendiri tidak memaklumkan mengenai keputusan peperiksaan atau menipu keputusan peperiksaan mereka.
Usah risau, kini anda boleh membuat semakan sendiri semua keputusan peperiksaan sama ada peperiksaan pertengahan tahun, akhir tahun atau peperiksaan percubaan bermula dari darjah 1 sampai lah Tingkatan 5. Semuanya hanya dihujung jari sahaja. Kepada yang sudah tak sabar menyemak keputusan anak masing-masing, berikut adalah langkahnya :
- Klik sapsnkra.gov.my untuk terus ke portal semakan (jika terpapar “the site’s security certificate….”, klik sahaja “proceed” untuk teruskan dan tunggu sebentar sehingga portal rasmi semakan terpapar)
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir
- Pilih tahun
- Masukkan kod pengesahan yang tertera
- Pilih sekolah rendah ATAU sekolah menengah
- Klik semak
- Pilih salah satu jenis peperiksaan (jangan risau akan terpapar semua jenis peperiksaan sama ada ujian 1 atau peperiksaan pertengahan tahun)
- Papar markah peperiksaan
- Selesai
Sebagai perkongsian, gred permarkahan terkini sekolah rendah dan sekolah menengah adalah seperti berikut :
GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (DARJAH 1-6)
GRED PERMARKAHAN SEKOLAH MENENGAH RENDAH (TINGKATAN 1-3)
GRED PERMARKAHAN SEKOLAH RENDAH (TINGKATAN 4-5)
Tunggu apa lagi boleh mula menyemak mulai sekarang.
Demikianlah Artikel Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah
Sekianlah artikel Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/01/sistem-analisi-peperiksaan-sekolah.html