Judul : Cara Memohon ADAM50 Untuk Bayi Baru Lahir 2018
link : Cara Memohon ADAM50 Untuk Bayi Baru Lahir 2018
Cara Memohon ADAM50 Untuk Bayi Baru Lahir 2018
Kerajaan ada menyediakan insentif kepada bayi yang lahir pada tahun 2018 hingga tahun 2022. Insentif diberikan sebanyak RM200 dimasukkan ke dalam akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bayi. Ianya dinamakan ADAM50.
Di sini saya kongsikan secara ringkas bagaimana untuk daftar ADAM50. Ini merupakan mengikut pengalaman saya sendiri.
Bayi Lahir Oktober 2018
Anak pertama saya dilahirkan pada bulan Oktober 2018. Selaps sahaja keluar dari wad, saya menguruskan sendiri pembuatan surat beranak anak saya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Ketika mendapat surat beranak di Jabatan Pendaftaran (JPN), pegawai berkenaan memberitahu mengenai ADAM. Katanya, jika hendak daftar ADAM50, kena pergi ke cawangan ASB terdekat ataupun boleh ke Bank yang menjadi agen ASB. (Maybank, CIMB, Ambank, Hong Leong).
Apa lagi, saya tidak melengahkan masa, keesokan harinya saya pergi ke bank Maybank dengan membawa Mykid. Perlu diketahui, boleh bawa sama ada mykid ataupun surat beranak. Tapi, anak tak perlu bawa ye. Kesian anak nanti, yelah baru lahir kan. Takkan dah nak bawak keluar pulak.
Prosedur Daftar ADAM50
Untuk membuat ADAM50 ni, ayah ataupun ibu sahaja yang boleh mendaftar ADAM50. Akan tetapi, Ayah dan Ibu perlulah mempunyai akaun ASB sendiri. Ini kerana, maklumat ASB anak berkenaan akan diletakkan di bawah penjaga (ibu atau bapa).
Jika ayah yang mendaftar, maka ianya di bawah ayah. Dan begitulah juga sebaliknya jika ibu yang mendaftar.
Bagaimanapun, anak akan mendapat nombor akaun ASB sendiri.
Baiklah, secara ringkas. Berikut merupakan dokumen yang perlu dibawa.
Surat beranak / Mykid anak.
Mykad ayah/ibu
Hadir sahaja di maybank, nyatakan hasrat untuk mendaftar ADAM50. Anda akan diminta untuk mengisi borang. Adalah dalam 3 borang yang perlu diisi. senang sahaja.
Nombor dah dipanggil, tunggu dalam 3-5 minit. Akhirnya semuanya selesai.
cara nak semak penyata atau tambah baki ASB ADAM50
Saya sendiri mempunyai ASB dan ada daftar online ASB. Maka, saya boleh melihat penyata akaun anak yang telah didaftarkan ADAM50. Kalau nak tambah pelaburan , boleh terus lakukan melalui online. Senang.
Bila RM200 akan masuk?
Pada mulanya saya ingatkan insentif RM200 tersebut akan terus tertera dan dimasukkan dalam akaun ASB. Rupa-rupanya kena tunggu umur 28 tahun barulah ianya dimasukkan. Cuma sekarang ianya berada dalam status ‘blocked”.
Baiklah, ini sahaja panduan ringka bagaimana anda boleh mendaftar ADAM50 dengan mudah dan senang. Ikuti langkah-langkah ini. Dan jangan berlengah untuk mendaftar. Ini kerana ini adalah kemudahan yang rugi jika kita biarkan ianya berlalu.

Demikianlah Artikel Cara Memohon ADAM50 Untuk Bayi Baru Lahir 2018
Sekianlah artikel Cara Memohon ADAM50 Untuk Bayi Baru Lahir 2018 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Cara Memohon ADAM50 Untuk Bayi Baru Lahir 2018 dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/01/cara-memohon-adam50-untuk-bayi-baru.html