sosej ayam bersayur ‘homemade’

sosej ayam bersayur ‘homemade’ - Hallo sahabat Seadanya Berita, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul sosej ayam bersayur ‘homemade’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Biz & Tech, Artikel Entertainment, Artikel Intermezzo, Artikel Lifestyle, Artikel News, Artikel Sports, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : sosej ayam bersayur ‘homemade’
link : sosej ayam bersayur ‘homemade’

Baca juga


sosej ayam bersayur ‘homemade’


Kadang-kadang bila beli ayam, bahagian dada jarang dimasak kerana terlalu berisi. Oleh itu bagi nak elak dari membazir, ada menu sedap dan mudah yang boleh dihasilkan guna bahan ni. Sosej ayam homemade! Ya…kalau dah diolah menjadi sosej, pasti ramai yang suka. Anak-anak pun boleh makan tanpa risau kerana ia tidak mengandungi sebarang perasa tambahan dan ada sayur bagi meningkatkan khasiatnya. Nampak menarik kan? Jom cuba resipi perkongsian saudari Naa Rohzurina ni. Memang terbaik!

RESIPI SOSEJ AYAM + SAYUR

BAHAN-BAHAN:

1 biji ubi kentang – dipotong
4-5 keping dada ayam – hiris kecil
2 biji telur
Sayuran kegemaran secukupnya ( empunya resipi letak daun sup dan lobak merah)
1 biji bawang besar – dihiris
4-5 ulas bawang putih – dihiris
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa
4 sudu makan tepung ubi ( bancuh dengan 1/2 gelas air)
CARA MEMASAK:

1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar hingga halus.


2. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam plastik aiskrim ( boleh juga guna plastic tahan panas @ apa-apa jenis plastik yang boleh direbus). Ikat hujung kiri dan kanannya. Rebus dalam 10-15 minit.



3. Bila masak, keluarkan dari plastik dan boleh digoreng.


4. Sedia untuk dinikmati. Lebihan sosej boleh disimpan dalam bekas bersesuaian dan disejukbekukan.

Kredit resipi & foto: Naa Rohzurina
Sumber : rasa.my


Demikianlah Artikel sosej ayam bersayur ‘homemade’

Sekianlah artikel sosej ayam bersayur ‘homemade’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel sosej ayam bersayur ‘homemade’ dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/01/sosej-ayam-bersayur-homemade.html

Subscribe to receive free email updates: