Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa! - Hallo sahabat Seadanya Berita, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Biz & Tech, Artikel Entertainment, Artikel Intermezzo, Artikel Lifestyle, Artikel News, Artikel Sports, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!
link : Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Baca juga


Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!


CARA SOLAT TAHAJJUD
Mata tidak boleh lelap? Ataupun terbangun dari tidur?

Ada yang sedang baca artikel cara solat tahajjud ini dalam keadaan berwuduk. Sudah bersiap-sedia untuk melakukan solat sunat tahajjud. Mungkin cuma inginkan kepastian tentang cara solat tahajjud yang betul.

cara-solat-sunat-tahajjud-1

cara-solat-sunat-tahajjud-2 cara-solat-sunat-tahajjud-3 cara-solat-sunat-tahajjud-4

 




Berikut ialah teks gambar di atas:

Sembahyang Sunat Tahajjud

Pengertian Tahajjud ialah sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walaupun tidur hanya sebentar. Sembahyang ini dilakukan selepas daripada waktu Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (kira-kira jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Sembahyang ini dilakukan sekurang- kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Lakukanlah seberapa banyak yang termampu.

Kelebihan & Fadilat Sembahyang Tahajjud


  1. Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaatan di wajahnya.
  2. Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang- orang mukmin.
  3. Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
  4. Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
  5. Dimudahkan hisab ke atasnya.
  6. Senang melalui Titian Siratul Mustaqim umpama kilat yang menyambar.
  7. Menerima anugerah catatan amalan dengan tangan kanan.
  8. Jauh daripada kebinasaan.



Cara Mengerjakan Solat Sunat Tahajjud



Selepas daripada salam hendaklah membaca doa ini:


Maksudnya: “Ya Allah bagi-Mu segala pujian, Engkaulah Pencipta semua langit dan bumi serta segala yang terdapat di dalamnya. Bagi Engkau segala pujian,Engkaulah yang menerangi semua langit dan bumi dan orang-orang yang berada di dalamnya. bagi Engkau segala pujian, Engkaulah yang benar dan janji Engkau adalah benar, syurga dan neraka adalah benar, semua nabi Engkau adalah benar, Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar. Ya Allah kepada-Mulah aku serahkan diriku, aku percaya kepada Engkau, tempat aku berserah diri dan kepada Engkau aku kembali, dengan pertolongan Engkau aku menghadapi musuhku, kepada Engkau aku berhukum. Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,dosa yang tersembunyi dan yang nyata dan dosa yang hanya Engkau sahaja yang mengetahui. Engkaulah yang dahulu dan yang akhir, tiada tuhan kecuali Engkau dan tiada daya upaya kecuali dengan pertolongan Engkau.”

Semoga entri tentang cara solat tahajjud ini bermanfaat. Doakan yang baik-baik untuk kami juga!

Sumber: Panduan Qiamullail, Cetakan Ketigabelas, 2013, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)



Demikianlah Artikel Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa!

Sekianlah artikel Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cara Solat Tahajjud Yang Betul. Mudah, Ringkas & Ada Doa! dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/01/cara-solat-tahajjud-yang-betul-mudah.html

Subscribe to receive free email updates: