Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur

Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur - Hallo sahabat Seadanya Berita, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Biz & Tech, Artikel Entertainment, Artikel Intermezzo, Artikel Lifestyle, Artikel News, Artikel Sports, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur
link : Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur

Baca juga


Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur


Di bulan Ramadhan yang mulia ini, Allah mewajibkan kita berpuasa sebagaimana Allah telah mewajibkan orang­-orang Islam sebelum kita seperti dalam firman­­-Nya di dalam surah Al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud,

“Hai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kamu sekalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa”

Salah satu sunnah yang diamalkan ketika berpuasa ialah mengakhirkan sahur. Di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat, baginda mengambil jarak lebih kurang 50 ayat Al-Quran menjelang subuh. Hal ini menunjukkan generasi umat Islam terdahulu tidak mengamalkan tidur selepas sahur.

Namun begitu, berbeza dengan zaman yang serba moden ini, kebanyakkan kita tidak mengamalkan amalan mengakhirkan sahur, malah diteruskan lagi dengan mengamalkan tidur setelah sahur. Malah, hal ini menunjukkan kita tidak mengamalkan sunnah baginda iaitu mengakhirkan sahur.

Kebanyakan daripada kita lebih suka mengambil jalan yang mudah iaitu ‘mempercepatkan sahur’ atau ‘memendekkan sahur’ Mempercepatkan sahur sama ada mengambil sahur secepat mungkin iaitu selepas berbuka kerana mahu tidur lebih lama dan memendekkan sahur iaitu mengambil masa yang seketika untuk bersahur kerana ingin menyambung tidur.

Akibat daripada dua perkara yang diamalkan ini, kebanyakan mereka terkadang keting galan solat subuh awal dan tidak merasai apa hikmah yang indah di sebalik mengakhirkan sahur.

ANTARA 5 HIKMAH MENGAKHIRKAN SAHUR:

Mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T dan ganjaran pahala kerana mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W

Waktu sahur ialah waktu yang penuh keberkatan

Badan akan lebih bertenaga

Melatih diri untuk bangun malam dan menambahkan kekuatan untuk beribadah

Solat subuh dapat dilakukan pada awal waktu dan dapat mempersiapkan diri untuk menunaikan solat berjemaah/ ke masjid

Tidur setelah sahur bukan sahaja merugikan, malah ia juga memberi kesan yang buruk kepada kesihatan diri seseorang.

BAHA YANYA TIDUR SETELAH BERSAHUR:

GANGGUAN PENCERNAAN MAKANAN DI DALAM PERUT

Setelah makan, sistem pencernaan di dalam badan memerlukan masa beberapa ketika untuk mencerna makanan serta dalam masa yang sama menyerap kandungan nutrien makanan ke dalam badan. Ketika tidur, lebih-lebih lagi dengan posisi yang terlentang, sistem pencernaan menjadi sulit dan lambat bekerja. Pe dih ulu hati dan rasa sa kit dada akan terasa kerana kesan daripada gangguan sistem dalam badan.

GASTROESOPHAGEAL PENYA KIT REFLUKS (GERD)

Gastroesophageal Penya kit Refluks (GERD) ialah penya kit di mana a sid perut naik ke dalam esophagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa bera sid di tekak. Keadaan ini boleh mence tuskan esophagus Barret, yang boleh menjadi penyebab kan ser esophageal.

Dua kesan yang dapat disedari ialah kerongkong terasa panas dan mulut terasa pahit. Kesan-kesan ini akan terasa dalam masa yang sama etelah seseorang bangun dari tidur setelah bersahur (makan), dan dinamakan sebagai refluks. Refluks terjadi akibat daripada kelemahan dari injap perut dan kerongkong.

Hal ini menyebabkan a sid perut naik ke dalam esophagus, dan menimbulkan gejala seperti rasa terbakar di dada.

STROK

Kajian mendapati tidur setelah sahur boleh meningkatkan terkena risi ko strok. Berdasarkan kajian dan penelitian oleh sumber Tribunews menyatakan bahawa seseorang yang memiliki jarak masa antara makan dan tidur yang lama didapati mempunyai risi ko yang terendah mendapat penya kit strok.

Sebaliknya, seseorang yang mengamalkan jarak pendek antara makan dan tidur mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap penya kit strok.

SA KIT KEPALA

Sa kit kepala ialah kesan yang paling biasa dialami oleh seseorang yang mengamalkan tidur setelah sahur. Pernah tidak anda rasa, setelah bangun dari tidur setelah makan, anda merasakan bahagian leher akan terasa sa kit dan keras, bahkan terasa sa kit dan memenatkan.

Satu kajian oleh pakar menyatakan, tidur di waktu pagi menyebabkan serebrospinal, iaitu saraf di bahagian kepala bergerak ke dalam otak. Saraf inilah mengakibatkan sa kit yang kuat terutamanya di bahagian atas kepala atau bahagian belakang kepala.

BADAN MENJADI LEBIH MALAS DAN TIDAK BERSEMANGAT

Biasanya, setelah bangun setelah sahur menjelang pagi, anda akan merasakan tu buh badan berasa lemah dan tidak bersemangat untuk melakukan sebarang aktiviti. Malah, untuk memulakan sesuatu aktiviti sahaja, semangat mudah hilang. Mood juga berubah menjadi lebih negatif dan tergambar daripada garis wajah setelah bangun daripada tidur. Wajah juga kelihatan pucat.

HILANG KEBERKATAN PAGI

Allah amat menyukai hamba-Nya yang berdoa dan salah satu masa yang amat berkat untuk berdoa ialah pada waktu pagi. Allah membuka pintu rezeki seluas-luasnya kepada hamba-Nya yang memohon doa dan memberi sebaik-baik kebaikan kepada mereka yang berusaha dan bertawakal.

Oleh itu, sebaiknya pada waktu pagi kita hendaklah ‘berpagi-pagian’ dengan ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah seperti berzikir, membaca AL-Quran dan melakukan aktiviti yang bermanfaat seperti menghadiri majlis ilmu, mengemas rumah, menyiram pokok bunga dan membaca.

Apa sahaja aktiviti yang bermanfaat jika diniatkan dengan tulus ikhlas kerana Allah akan menjadikannya satu ibadah. Malah, tidur di waktu pagi, bukan sahaja merugikan, malah ‘hidup’ kita pada hari itu akan terasa pendek kerana telah mensia-siakan pagi yang penuh dengan keberkatan.

Sabda Rasulullah S.AW., diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sekiranya kamu benar-benar bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kamu sebagaimana rezeki kepada burung di mana ia keluar dengan perut yang kosong pada waktu pagi dan kembali dengan perut yang kenyang pada waktu petang.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi)

Tidak salah sebenarnya kita tidur selepas sahur, jika keadaan kita terlalu letih, penat mahu pun tidak sihat. Namun, amalan tidur selepas sahur atau makan  yang terlalu kerap akan memberi akibat yang tidak baik kepada diri sendiri. Jika kita dapat elak, ia lebih baik.

Semoga kita mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W dalam kehidupan seharian kita dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Jika kita kasih kepada Allah dan rasul-Nya, maka Allah juga akan kasih kepada kita…

Rujukan : Bersama Berdakwah


Demikianlah Artikel Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur

Sekianlah artikel Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jangan Tidur Selepas Sahur, Ini Bahaya Risiko Tidur Terus Selepas Sahur dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/05/jangan-tidur-selepas-sahur-ini-bahaya.html

Subscribe to receive free email updates: