Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan

Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan - Hallo sahabat Seadanya Berita, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Biz & Tech, Artikel Entertainment, Artikel Intermezzo, Artikel Lifestyle, Artikel News, Artikel Sports, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan
link : Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan

Baca juga


Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan


Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan
Hati-Hati Ramai Yang Tersalah Memberi Salam Ketika Tahiyyat Akhir. Memberi Salam Merupakan Rukun Solat Yang Ke-12 Jika Salah Maka Sia-sia Solat Kita

Cara memberi salam yang betul ketika kita selesai solat, kadang-kadang lupa dan tersilap cara cara yang tepat untuk memberi salam.

Soalan: ketika memberi salam di hujung solat; adakah kita memberi salam dulu baru berpaling ke kanan atau ke kiri, atau kita berpaling bersama-sama memberi salam?

Jawapan:

Mula-mula kita lafazkan “Assalamu alaikum” dengan muka masih menghadap ke kiblat, kemudian bila menyebut “Wa rahmatullah” barulah kita memalingkan muka ke kanan atau ke kiri. Dengan cara ini kita dapat mengelak dari berpaling ketika masih dalam solat kerana selagi belum melafazkan salam, selagi itu kita dikira masih dalam solat. Maka apabila kita melafazkan salam terlebih dahulu, kemudian baru berpaling, kita berpaling setelah menyelesaikan solat dengan melafazkan salam.

Mengenai larangan berpaling dalam solat, ia disebut oleh hadis dalam Soheh al-Bukhari dari ‘Aisyah RA yang menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpaling di dalam solat, lalu baginda menjawab;

«هُوَ اخْتِلاَسٌ يَخْتَلِسُهُ الشَّيْطَانُ مِنْ صَلاَةِ العَبْدِ»

“Perbuatan itu adalah salah satu cara Syaitan mencuri tumpuan seorang hamba dari solatnya” (Soheh al-Bukhari; 751).

Berikut adalah 5 syarat sah solat:

1. Anggota badan, pakaian, dan tempat untuk bersolat mestilah dalam keadaan suci seluruhnya. Pastikan anda bersih daripada hadas besar dan hadas kecil.

2. Wanita dan lelaki yang hendak menunaikan solat mestilah menutup aurat. Aurat bagi wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua tapak tangannya, manakala aurat bagi lelaki adalah antara pusat dan lututnya.

3. Pastikan anda bersolat apabila telah masuk waktu solat.

4. Bersolat mestilah dengan menghadap kiblat.

5. Penting untuk tahu yang mana termasuk dalam rukun solat dan yang mana termasuk dalam kategori sunat supaya tidak terkeliru.

Selepas mengetahui syarat-syarat sah solat, kita lihat pula rukun-rukun solat.

Rukun solat ada 13 semuanya iaitu:

1. Berdiri tegak bagi yang mampu berdiri ketika solat fardhu. Manakala, bagi yang tidak mampu disebabkan oleh sakit dan sebagainya bolehlah melakukannya secara duduk, berbaring, terlentang, atau dengan menggunakan isyarat.

2. Niat. Hendaklah berniat untuk melakukan solat. Contohnya, kalau solat Maghrib, mestilah niat di dalam hati untuk bersolat Maghrib.

3. Takbiratul ihram iaitu dengan lafaz

“Allahu Akhbar”

4. Membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat. Bacaan mestilah dalam bahasa Arab dan didengari oleh diri sendiri.

5. Rukuk dengan tama’ninah. Rukuk adalah dengan meletakkan kedua tapak tangan ke lututnya sementara kepala dan belakang selari dengan punggung iaitu pada kadar 90°. Tama’ninah pula bermaksud kita diam sebentar sebelum meneruskan rukun seterusnya.

6. Iktidal adalah bangkit dari rukuk supaya kembali kepada kedudukan berdiri tegak beserta dengan tama’ninah. Kadar masa tama’ninah tidaklah lama iatu sekadar satu tasbih sahaja.

7. Sujud dua kali dengan tama’ninah. Ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala.

8. Duduk antara dua sujud dengan tama’ninah.

9. Duduk tasyahud/tahiyat akhir dengan tama’ninah.

10. Membaca tasyahud/tahiyat akhir.

11. Membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW pada tasyahud/tahiyat akhir.

12. Memberi salam yang pertama.

13. Tertib iaitu mengerjakan solat mengikut turutan. Oleh itu, tidak boleh mana-mana rukun yang kemudian dilakukan mendahului yang lebih awal


Demikianlah Artikel Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan

Sekianlah artikel Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inilah Kesalahan Memberi Salam Tahiyyat Akhir Yang Ramai Lakukan dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/05/inilah-kesalahan-memberi-salam-tahiyyat.html

Subscribe to receive free email updates: