Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak

Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak - Hallo sahabat Seadanya Berita, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Biz & Tech, Artikel Entertainment, Artikel Intermezzo, Artikel Lifestyle, Artikel News, Artikel Sports, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak
link : Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak

Baca juga


Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak


HALAL BUAT KAMI, HARAM BUAT TUAN
Ulamak Abu Abdul Rahman bin Abdullah Al-Mubarak Al-Hanzhali Al-Marwazi, seorang ulamak yang termahsyur di Makkah menceritakan kisah ini. Suatu ketika, selepas selesai salah satu ritual haji, beliau berehat dan tidur. Dalam mimpinya beliau melihat dua malaikat turun dari langit, dia terdengar perbualan mereka, “Berapa ramai jemaah yang datang pada tahun ini?” Tanya malaikat itu kepada para malaikat lain.

“Tujuh ratus ribu,” jawab malaikat yang satu lagi.”Berapa ramai orang-orang yang diterima hajinya itu?”

“Tiada satu pun”

Perbualan itu membuat Abdullah gementar ketakutan, “Apa?” Dia menangis dalam mimpi.

“Semua orang-orang ini datang dari belahan bumi yang jauh, dengan susah payah dan keletihan sepanjang jalan, mengembara melalui padang pasir yang luas, dan semua usaha mereka sia-sia?”

Walaupun dengan rasa takut, dia terus mendengar cerita kedua malaikat tersebut.

“Namun ada seorang lelaki yang walaupun dia tidak datang untuk menunaikan haji, tetapi ibadah hajinya diterima dan semua dosanya telah diampunkan. Di atas keberkatan daripada lelaki itu, seluruh haji para jemaah diterima oleh Allah.”

“Bagaimana ia boleh terjadi begitu?”

“Itu adalah kehendak Allah.”

“Siapakah orang tersebut?”

“Sa’id bin Muhafah, tukang kasut di kota Damsyik.”

Mendengar ucapan itu, ulamak itu terus terjaga. Pulang daripada haji, dia tidak terus balik ke rumah, tetapi beliau pergi ke kota Damsyik, Syria. Sampai di sana, beliau terus pergi ke tukang kasut yang disebut oleh malaikat dalam mimpinya. Hampir semua tukang-tukang kasut dia bertanya, apakah benar ada tukang kasut yang bernama Sa’id bin Muhafah.

“Di sana, di pinggir bandar,” kata seorang tukang kasut sambil menunjukkan arahnya. Apabila di sana, ulamak tersebut menemui seorang tukang kasut yang berpakaian lusuh. “Adakah benar anda bernama Sa’id bin Muhafah?” tanya Ulamak.

“Betul, siapakah tuan?”

“Saya Abdullah bin Mubarak.”

Said terharu, “Tuan adalah ulama yang terkenal, kenapa tuan datang mencari saya?”

Sejenak ulamak itu agak terkeliru, di mana beliau ingin memulakan soalan, akhirnya beliau memberitahu perihal mimpinya itu. “Saya ingin tahu, adakah apa-apa yang anda telah buat, sehingga anda layak mendapat pahala haji mabrur?”

“Wah! saya sendiri tidak tahu!”

“Beritahu saya bagaimana kehidupan anda selama ini.”

Sa’id bin Muhafah kemudian teringat, “Setiap tahun, setiap musim haji, saya selalu mendengar: Labbaika Allhuma labbaika…. Labbaika la syarika laka labbaika… innal hamda… Wanni’mata… Laka wal mulka… La syarika laka…”

Ya Allah, aku datang kerana panggilan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu. Segala pujian dan nikmat adalah kepunyaan-Mu dan kekuasaan-Mu. Tiada sekutu bagi-Mu.

Setiap kali aku mendengarnya, aku sentiasa menangis, “Ya Allah aku rindu Mekah… Ya Allah aku rindu melihat ka’abah… Izinkan aku datang… Izinkan aku datang, ya Allah…”

Oleh kerana itu, sejak berpuluh-puluh tahun yang lalu setiap hari saya mengenepikan sedikit wang dari hasil kerja saya sebagai tukang kasut. Sedikit demi sedikit, saya kumpulkan. Akhirnya, tahun ini, saya mendapat 350 dirham, cukup untuk haji saya.

“Saya sudah bersiap-sedia untuk berangkat menunaikan haji.” “Tetapi anda batalkan?”

“Benar.” “Apa yang berlaku?”

“Isteri saya mengan dung, dan sering mengidam. Ketika saya hendak berangkat pergi saat itu isteri saya terlalu mengidamkan sesuatu.” “Abang, awak terhidu bau masakan yang sedap ini?”

“Ya sayang.” “Cubalah abang cari, siapakah yang memasak sehingga baunya lazat begini. Mintalah sedikit untuk saya.”

“Tuan, saya mencari sumber bau masakan itu, ia datang dari sebuah pondok buruk berhampiran. Di situ terdapat seorang balu dan enam orang anaknya.”

Saya memberitahunya bahawa isteri saya mahu masakan yang dia masak, walaupun sedikit. Ibu tunggal itu diam melihat saya, sehingga saya mengulangi kata-kata saya.” Akhirnya dengan perlahan dia berkata, “Tidak boleh tuan”

“Saya sanggup membeli walau dengan harga yang tinggi,” kata saya tegas. “Makanan ini bukan untuk dijual, tuan,” katanya sambil berlinang air mata. Saya bertanya kenapa?

Sambil menangis, wanita itu berkata, “Ini adalah daging halal untuk kami dan haram untuk tuan,” katanya. Dalam hati saya, “Bagaimana halal baginya, tetapi ia adalah haram untuk saya, padahal kita sama-sama Muslim? Kerana itu, saya menggesa beliau lagi, “Kenapa?”

“Sudah beberapa hari kami tidak makan. Di rumah tidak ada makanan. Hari ini kami ternampak seekor keldai mati, dan kemudian kami mengambil sebahagian dagingnya untuk dimasak. Bagi kami ini adalah daging yang halal, kerana jika kami tidak memakannya kami akan mati kebuluran. Tetapi bagi Tuan, daging ini haram.”

Mendengar kata-kata wanita itu, saya terus menangis, lalu saya pulang ke rumah. Saya memberitahu isteri saya mengenai kejadian itu, dia pun menangis, kami akhirnya memasak makanan dan pergi ke rumah wanita itu tadi. “Ini masakan untuk kamu.”

Peruntukan wang haji sebanyak 350 dirham telah saya berikan kepada mereka. “Gunakan wang ini untuk puan dan keluarga puan. Gunakanlah ia untuk modal berniaga, supaya puan sekeluarga tidak lapar lagi.”

Ya Allah… di sinilah Hajiku.. Ya Allah di sinilah Mekahku..

Mendengar kisah tersebut Abdullah bin Mubarak tidak dapat menahan air mata..

Fikirkanlah bagi orang yang pergi berkali-kali Haji tapi bakhil… di mana tempatnya… sedangkan dalam masa yang sama berapa ramai lagi umat Islam yang memerlukan…

Siapakah kita hari ini? Mari doakan mereka yang dlm kesempitan. Infaq & korbankan dari apa yang kita ada untuk mereka… Insha ALLAH.

Sumber: Kursus Aura Metafizik via myinfomaya


Demikianlah Artikel Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak

Sekianlah artikel Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Seorang Ulamak mimpi melihat 2 malaikat, Mendengar perbualan mereka buat beliau menangis teresak-esak dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/05/seorang-ulamak-mimpi-melihat-2-malaikat.html

Subscribe to receive free email updates: