Judul : Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita
link : Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita
Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita
Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita, Ajal maut bukan di tangan kita. Pada awal Ramadan ini saya menerima 2 berita kematian kawan yang masih muda, sihat dan segar bugar. Kedua-duanya meninggal kerana kemalangan jalan raya. Allah lebih sayangkan mereka. Apa pengajaran untuk kita?
"Hayati dan isilah Ramadan tahun ini sebaik mungkin. Hindari perkara yang boleh kuruskan puasa kita. Realiti semasa menunjukkan puasa ramai muslim di Malaysia kunis kerana komen , ejek sindir dan umpat keji media sosial (Facebook dan Whatsapp group)." Jika ada group yang rancak menambah dosa tanpa sedar dengan ejekan, sindir dan umpat di alam maya maka eloklah left sahaja. Inilah sebabnya nabi ben panduan ini kepada kita;
Abu Hurayrah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda — Puasa itu adalah perisai (daripada api neraka). Maka janganlah dia berkelakuan keji (seperti bercakap lucah) dan bertindak jahil (bodoh seperti menjerit atau berkelakuan tanpa akhlak). Jika ada sesiapa mencaci atau mencelanya maka ucapkanlah sesungguhnya aku sedang berpuasa sebanyak 2 kali (sebagai penegasan berganda atau sekali pada Hdah dan sekali lagi sebagai peringatan pada Kati) Sahih al-BukhariIngat! Kalau puasa tahun ini kita terlepas peluang pengisian ibadah kerana sibuk "membawang" dengan berbagai isu pans, puasa tahun hadapan belum tentu milik kita.
Pastinya beza antara 2 Ramadan sudah jauh antara langit dan bumi sebagaimana diceritakan hadith ini:
Talhah bin Ubaydillah menceritakan; pada suatu hari 2 orang lelaki dari Suku Baliyy datang bertemu Rasulullah SAW.Keduanya mereka memeluk Islam secara serentak. Seorang dari mereka begitu bersemangat untuk berjihad berbanding yang seorang lagi; lalu dia menyertai perang dan gugur syahid.
Kemudian yang seorang lagi terus hidup selepasnya selama setahun kemudian diapun meninggal dunia.
Talhah menyambung:
"Pada suatu hari aku bermimpi bersama mereka berdua di pintu syurga, kemudian keluar malaikat dari syurga lalu mengizinkan lelaki yang mati kemudian memasuki syurga, kemudian malaikat tadi keluar lagi dan mengizinkan lelaki yang gugur syahid itu memasuki surga, kemudian dia datang semula kepadaku dan berkata: "Engkau pulanglah, kerana giliranmu memasuki syurga masih belum sampai."Menjelang pagi hari Talhah menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi kepada orang ramai, maka mereka semua hairan dengan mimpinya. Lalu perkara itu sampai kepada Rasulullah SAW dan mereka menceritakannya kepada baginda.
Tanya baginda: Apa yang menghairankan kamu semua?
Mereka menjawab: Wahai Rasulullah SAW lelaki ini lebih bersemangat berjihad berbanding seorang lagi, kemudian dia memperoleh syahid, akan tetapi kawannya yang mati selepasnya lebih dahulu memasuki syurga.
Jawab Nabi SAW: Bukankah lelaki ini telah hidup selepas kawannya yang mati syahid itu selama setahun?
Jawab mereka: Benar. Sambung baginda lagi: Bukankah dia telah mendapati bulan Ramadan dan berpuasa dalamnya dan telah mendirikan banyak rakaat solat dalam setahun itu? Jawab mereka: Benar.
Sabda Nabi SAW: Maka beza antara mereka lebih jauh dari langit dan bumi. Sunan Ibn Majah
Oleh itu, diingatkan jangan merosakkan puasa anda dengan aktiviti yang tidak berfaedah di media sosial!
Demikianlah Artikel Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita
Sekianlah artikel Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramadhan Tahun Depan Belum Tentu Milik Kita dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/06/ramadhan-tahun-depan-belum-tentu-milik.html