Judul : Manfaat Pisang “Bertahi Lalat” Yang Ramai Tak Tahu
link : Manfaat Pisang “Bertahi Lalat” Yang Ramai Tak Tahu
Manfaat Pisang “Bertahi Lalat” Yang Ramai Tak Tahu
Pisang kalau dah lembik dan hitam, ramai yang geli nak makan betul tak?
Senang kata, jika kondisi pisang itu sudah terlalu lembik pasti orang menganggapnya sudah tidak elok dan hanya layak untuk dijadikan cekodok pisang semata.
Tetapi tahukah kamu, bintik-bintik hitam atau tompok hitam pada pisang itu menandakan 1001 kebaikan buat tubuh badan kamu?
Semakin Banyak Tompok Hitam Semakin Berkhasiat?
Tahukah kamu pisang ranum yang memiliki banyak tompok hitam sebenarnya memiliki kandungan TNF-α yang sangat tinggi? Kajian oleh pakar di Jepun juga menggalakkan kita semua makan sebiji pisang sehari.
Fungsi TNF-α umumnya adalah sejenis protein pengesan sel yang mampu mengawal kekebalan dalam tubuh manusia seterusnya bertindak memulih keradangan dan kawasan jangkitan yang terlibat dalam badan.
Ini seterusnya, akan bantu mengawal penyebaran sel tumor dan menggalakkan keaktifan opoptosis iaitu sejenis sel pembunuh (bantu bunuh sel kanser).
Faedah Lain Makan Pisang “Bertahi Lalat”
Jangan salah faham, tompok hitam yang muncul pada pisang itu adalah kerana keadaan buahnya yang semakin ranum dan masak. Bukan sebab pisang tersebut sudah membusuk tau?!
Untuk pengetahuan semua, ini faedah lain makan pisang yang sudah terlalu masak korang kena tahu:-
Lebih masak buah pisang, lebih banyak tompok gelap, lebih kaya buah pisang tersebut dengan kandungan antioksidan.
Perut lebih mudah hadam pisang yang masak
Tompok hitam pada pisang menghasilkan sejenis elemen dipanggil Tumor Necrosis Factor (TNF) yang mampu membunuh kanser serta sel abnormal yang muncul dalam badan manusia.
Lebih Banyak Tompok Hitam, Lebih Manis Isinya…
Sebab itu kalau perasan, penjaja-penjaja kuih seperti penjual pisang goreng contohnya akan menggunakan pisang yang sudah hitam. Ini kerana, pisang-pisang yang terlebih masak sebegitu akan memiliki rasa yang lebih manis. Memang sedap dibuat kuih atau ramuan dalam masakan seperti kek pisang, penkek, smoothie dan lain-lain.
Jadi, lepas ni, kalau nak beli pisang tu… cuba cari pisang yang sudah bertahi lalat. Untung-untung, korang boleh dapat banyak faedah dengan memakannya. Jangan dibuang pula pisang tu kalau dah bertompok nanti!
Selamat beramal!
Demikianlah Artikel Manfaat Pisang “Bertahi Lalat” Yang Ramai Tak Tahu
Sekianlah artikel Manfaat Pisang “Bertahi Lalat” Yang Ramai Tak Tahu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Manfaat Pisang “Bertahi Lalat” Yang Ramai Tak Tahu dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/06/manfaat-pisang-bertahi-lalat-yang-ramai.html