Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda

Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda - Hallo sahabat Seadanya Berita, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Biz & Tech, Artikel Entertainment, Artikel Intermezzo, Artikel Lifestyle, Artikel News, Artikel Sports, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda
link : Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda

Baca juga


Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda


Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda, Ini kisah aku. Dahulu aku seorang yang sangat mengutamakan rakan-rakanku, sehingga suatu hari berlaku suatu kejadian yang terkesan bagiku yang membuatkan aku tersedar daripada kesilapanku. Ibuku seorang yang sangat lembut dan tegas. Seorang pegawai kerajaan yang sangat sibuk dan dikagumi. Tidak hairanlah apabila pulang ke rumah, tidak dapat tidak mestilah ianya dalam keadaan kemas dan teratur.
Tempat yang sering menjadi tumpuan adalah ruangan dapur dan ruang tamu. Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk aku buat persiapan sebelum peperiksaan akhir. Seperti yang kita tahu, cara belajarnya seseorang itu berbeza. Waktunya juga berbeza. Sama juga dengan aku.
Petang adalah waktu kemuncak, semua orang pulang dari kepenatan bekerja dan kebanyakannya dalam keadaan lapar. Waktu inilah ibuku sangat perlukan bantuan aku.
Malangnya, waktu itulah perasaan semangat untuk mengulangkaji aku datang membuak-buak. Sedang seronok aku belajar ibuku memanggil. Pada awalnya aku ikutkan sahaja.
Tetapi semakin lama aku rasa seperti terganggu dan membuatkan aku rasa malas mahu melayan kehendak ibuku akhirnya aku mengabaikannya dengan protes membuat muka masam serta memberi alasan aku mahu mengulangkaji pelajaran.
Beberapa hari kemudian kejadian yang sama berlaku kembali. Hati aku memberon tak, aku tahu aku bersalah, tetapi aku mela wan rasa itu, mengatakan bahawa ibuku yang tidak faham akan aku.
Bahkan dosaku bertambah lagi dengan menyangka buruk bahawa ibuku merasa aku tidak akan berjaya walaupun aku belajar bersungguh-sungguh.
Manakan tidak, setiap kali mahu belajar pasti ibuku memanggil untuk melakukan sesuatu. Kesabaranku teruji.
Sehingalah satu saat, ayahku menghampiri aku dan berkata;
”kamu mahu berjaya bukan? Bukankah kamu belajar bahawa syurga seorang anak itu di bawah telapak kaki ibumu? “
Hatimu tidak tenang bukan? Tinggalkanlah kerjamu sebentar. Kehendaknya itu bukan untuk menggembirakannya sahaja tetapi untuk kamu juga. Tenangkan dia, kelak kamu juga akan merasa tenang melihat dia sudah rasa senang. Sekejap saja.”
Akhirnya aku bangun lalu terus membantu ibu dengan hati yang lapang.
Alhamdulillah seusai Isya’ aku terus mengulangkaji dan Tuhan membantuku dengan berikan fokus dan kefahaman yang lebih lagi.
Aku dapat merasa lapangnya hatiku, aku dapat rasakan bantuanku dihargai ibuku dan berkatnya bantuanku yang kecil itu.
Hari demi hari, aku mendahului kerjaku dengan bertanyakan pada ibuku jika terdapat sebarang kerja rumah atau memasak yang perlu dilakukan terlebih dahulu.
Setelah itu baru aku mulakan kerjaku. Jika aku kepenatan dan mahu rehat, aku akan pastikan aku meminta izin dahulu daripada ibuku kerana takut hatiya dilukai sekali lagi dengan sikapku yang kurang peduli padanya dahulu.
Apabila tiba hari peperiksaan, Alhamdulillah aku dapat menjawab dengan baik dan tenang sekali.
Ajaibnya, aku dapat menghabiskan kesemua tajuk yang hendak aku ulangi ditambah pula dengan latihan tambahan yang dapat dijawab dengan kefahaman yang menyeronokkan.
Daripada kisah ini, dapatlah disimpulkan bahawa Ya! Ilmu itu penting. Tetapi ingatlah tanpa ibu, tidak wujudlah kita. Tanpa ibu, ibarat sayap kanan telah patah iaitu kita tiada pendokong kuat.
Contohnya, apabila kita senang semua orang akan menghampiri. Apabila kita susah, ibulah yang akan terus menerus berada di samping meskipun kadang kita pernah buat air matanya menitis.
Jasanya, takkan pernah kita mampu untuk membalas tetapi alangkah baiknya jika hidup mereka dihiasi dengan kenangan baik daripada anak-anak mereka iaitu sentiasa berbuat baik dan perkara yang menyenangkannya.
Berjaya, ketahuilah kejayaan dunia tidak akan dinilai jika taatnya seorang hamba itu tidak pada Tuhannya. Ia akan menjadi sia-sia secara tidak langsung.
Ketaatan itu Allah menyuruh hamba-Nya untuk taat. Taatnya seorang anak itu adalah pada ibubapanya. Jika tidak taat maka balasan akan menyusuri.
Allah S.W.T bersabda dalam;
“Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengan dungnya dengan menanggung susah payahdan telah mela hirkannya dengan menanggungsusah payah” Surah al Ahqaf 46 : 15
Wallahualam.
Sumber: Tazkirah.net via islamitusempurnakanku


Demikianlah Artikel Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda

Sekianlah artikel Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jagalah Dan Senangilah Hati Ibu, Keberkatan Pasti Menyusuli Anda dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2019/06/jagalah-dan-senangilah-hati-ibu.html

Subscribe to receive free email updates: