Judul : Tanda-Tanda Dan Simptom Buah Pinggang Anda Rosak
link : Tanda-Tanda Dan Simptom Buah Pinggang Anda Rosak
Tanda-Tanda Dan Simptom Buah Pinggang Anda Rosak
TAHAP kesihatan seseorang amat bergantung kepada buah pinggang yang berfungsi secara sempurna. Oleh itu, kerosakan buah pinggang merupakan masalah kesihatan yang menakutkan penghidapnya.
Pelbagai faktor menyumbang kepada kerosakan. Jika tidak dirawat dengan sempurna, ia menyebabkan kegagalan buah pinggang (renal failure). Kedua-dua jenis kegagalan buah pinggang – kegagalan akut dan kronik – akan mengganggu kecekapan fungsi buah pinggang.
Fungsi utama buah pinggang adalah menapis dar4h bagi membuang air berlebihan, garam berlebihan dan bahan kumuh/bertoksin dari tubuh. Fungsi utama lain, membina beberapa jenis hormon yang mengawal beberapa fungsi tubuh seperti pengawalan tekanan dar4h dan pembinaan sel d4rah merah.
Buah pinggang juga berfungsi mengawal pH dar4h serta bertanggung jawab dalam mengaktifkan sejenis vitamin D yang membantu tubuh menyerap Kalsium yang digunakan untuk membina tulang dan menyelaras fungsi otot.
Tanda utama kerosakan buah pinggang sakit pinggang (low back pain). Kadang-kadang sakit pinggang berlaku hanya di sebelah pinggang iaitu sama ada bahagian kanan atau kiri pinggang.
Apabila seseorang misalnya sering mengalami sakit pinggang setiap kali tidur mengiring sebelah kiri, maka besar kemungkinan buah pinggang kirinya sedang mengalami kerosakan atau telah mengalami kerosakan pada tahap tertentu.
Kesakitan sebelah buah pinggang atau kedua-dua belah buah pinggang menyebabkan anda agak sukar untuk membuang air kecil pada waktu pagi atau ketika terjaga pada waktu tidur.
Kulit gatal berpanjangan
Selepas membuang air kecil, penghidap akan berasa lega sedikit kerana kesakitan di bahagian pinggang beransur-ansur kurang. Ini adalah tanda amaran awal seseorang mengalami kerosakan buah pinggang.
Bersegeralah mendapatkan perhatian doktor dengan menjalani pemeriksaan dan diagnosis. Kerosakan buah pinggang peringkat awal dikatakan lebih mudah untuk dirawat dan prognosisnya biasanya adalah baik.
Fungsi utama buah pinggang ialah membuang bahan kumuh/bertoksin yang terdapat dalam d4rah. Jadi, apabila ia rosak dan gagal berfungsi bahan buangan berkumpul dalam d4rah lalu menyebabkan seseorang mengalami ruam, rasa gatal yang keterlaluan dan kulit
kering. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang.
Bagaimanapun ruam, kulit gatal keterlaluan dan kulit kering juga adalah simptom berpunca daripada masalah kesihatan lain seperti ketidakharmonian fungsi hati, ketidakseimbangan nutrien berpunca daripada pelbagai faktor dan infeksi kulat.
Sesungguhnya ubat-ubatan tertentu contohnya ubat pengawal paras kolesterol jenis statin dikatakan menyebabkan kerosakan hati dan kegagalan buah pinggang.
Sila semak British Medical Journal (2010) di bawah laporan berjudul Unintended effects of statins in men and women in England and Wales: population based cohort study using the QResearch database.
Semaklah butiran yang tercatat pada label ubat pengawal kolesterol anda atau ahli keluarga anda. Ramai tidak tahu sebahagian besar preskripsi ubatan pengawal kolesterol adalah daripada keluarga statin!
Jika anda benar-benar mengalami kerosakan buah pinggang, maka krim sapuan yang dipreskripsi doktor hanya berfungsi meredakan keradangan. Jika simptom ruam, kulit gatal dan kering dialami secara berpanjangan janganlah dipandang ringan terutama jika anda
mengalami tanda atau simptom yang lain seperti didedahkan dalam artikel ini.
Buah pinggang menentukan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil. Apabila ia mengalami kerosakan sifat air kencing dan kekerapan buang air kecil akan berubah.
Beberapa perubahan yang berlaku akibat kerosakan buah pinggang termasuk air kencing berbuih, kerap kencing pada waktu malam, semakin kerap buang air kecil sepanjang waktu dengan sifat air kencing yang kurang berwarna.
Kekerapan buang air kecil juga adalah tanda kerosakan buah pinggang atau buang air kecil pada kuantiti kecil dengan sifat air kencing berwarna gelap.
Air kencing mengandungi d4rah apabila didapati air kencing campur d4rah lalu menghasilkan warna air kencing berwarna merah. Bagaimanapun perubahan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing yang sama juga mungkin berpunca daripada sebab-sebab lain.
Pengambilan ubatan mengawal kolesterol jenis statin, minum teh/kopi, makan buah-buahan keluarga langsat dan tembikai menyebabkan seseorang kerap buang air kecil. Kerap buang air kecil juga boleh berpunca daripada stres kr0nik, lemah sy4hwat, masalah erekksi, terlalu kerap melakukan hubungan biologi serta sering mel4ncap (ber0nani).
Perubahan kekerapan buang air kecil dikatakan sebagai tanda buah pinggang mengalami kerosakan tahap sederhana manakala perubahan warna air kencing pula merupakan tanda buah pinggang mengalami kerosakan lebih akut.
Jadi, pastikan kekerapan buang air kecil dan sifat air kencing anda benar-benar dapat dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang sebelum berbincang dengan doktor.
Bengkak air
Seperti dinyatakan di atas, fungsi utama buah pinggang ialah membuang air berlebihan dan garam dari tubuh. Jadi, apabila mekanisme yang membantu proses tersebut terganggu atau gagal maka air akan berkumpul dalam tubuh.
Bahagian tertentu tubuh seperti muka, tangan, kaki atau pergelangan kaki akan membengkak.Pada tahap ini kerosakan buah pinggang dikatakan berada pada tahap semakin akut dan penghidap seharusnya berjumpa doktor dengan segera.
Bengkak yang dialami bahagian tubuh tersebut bukan bengkak berpunca daripada keradangan namun ia bengkak kerana kehadiran air berlebihan (edema).
Untuk mengetahui ia bengkak air atau bengkak berpunca daripada keradangan tekan dengan jari pada bahagian tubuh yang bengkak. Jika kawasan yang ditekan lambat naik maka ia tanda bengkak air.
Anemia
Buah pinggang membina hormon dikenali sebagai erythropoietin. Ia membantu tubuh membina sel d4rah merah. Masalah dan kerosakan buah pinggang akan mengurangkan paras hormon tersebut.
Akibatnya ialah penurunan bilangan sel d4rah merah lalu menyebabkan seseorang mengalami anemia. Anemia berpanjangan akan menyebabkan paras oksigen yang dihantar ke sel berkurangan. Keadaan ini menyebabkan penghidap menjadi lemah atau lesu.
Apabila fungsi buah pinggang semakin lemah ia akan menimbulkan simptom seperti hilang selera makan, loya, muntah, melayang-layang, lesu kronik, sukar fokus, insomnia, sakit kepala, berat badan berkurangan, kulit gelap, kejang otot, sukar bernafas dan sakit
dada. Kulit semakin kering dan gatal. Semakin kerap atau sukar untuk buang air kecil.
Terdapat pelbagai punca kerosakan buah pinggang termasuk yang utama ialah paras gula yang sentiasa tinggi seperti dialami oleh penghidap diabetes.
Penghidap diabetes lebih mudah mengalami penyakit buah pinggang jika mereka mengambil ubat-ubatan kombo (beberapa jenis ubatan) termasuk ubat mengawal kencing manis, paras kolesterol dan tekanan darah tinggi.
Dr. Bahrain Samah, MD (AM ), RH (AH G)
Herbalis profesional bertaraf dunia. Juru runding dan pendidik nutrisi holistik. Buku: Kawal Berat Badan, V. Aromaterapi, Serangan Jantung, Diabetes Jenis 2. Rawat Dengan Herba – Cegah Demam & Flu.
kredit:mediamaklumat
Demikianlah Artikel Tanda-Tanda Dan Simptom Buah Pinggang Anda Rosak
Sekianlah artikel Tanda-Tanda Dan Simptom Buah Pinggang Anda Rosak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tanda-Tanda Dan Simptom Buah Pinggang Anda Rosak dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2018/11/tanda-tanda-dan-simptom-buah-pinggang.html