Judul : Manfaat Kacang Pistachio. Patutlah Pelajar Tahfiz Gemar Makan Kacang Ini
link : Manfaat Kacang Pistachio. Patutlah Pelajar Tahfiz Gemar Makan Kacang Ini
Manfaat Kacang Pistachio. Patutlah Pelajar Tahfiz Gemar Makan Kacang Ini
Tahukah anda pistasio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Pistasio merupakan sejenis makanan para ahli genius dahulu dan kini. Ia berasal dari negara Timur Tengah dan Asia. Pistasio (Pistacia Vera) atau dipanggil ‘Pistachio Nuts’ adalah sejenis tumbuhan kekacang dari keluarga Anacardiaceae yang popular. Kekacang ini mempunyai khasiat tersendiri seperti zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavi dan zink. Ia juga juga dapat menguatkan ingatan dan memori.
Kacang pistasio kaya dengan nutrien yang memberi menfaat kepada jantung dan sistem peredaran darah dan mengandungi hampir 90 peratus lemak tak tepu, dan juga dikenali sebagai “lemak baik” yang boleh membantu meningkatkan HDL kolesterol. Malah, phytosterols dalam kacang pistasio sebenarnya menghalang penyerapan “lemak jahat”.
Pistasio mengandungi anti oksidan, kolesterol yang lebih rendah dan arginina iaitu bahan yang mengurangkan pembentukan plak dalam arteri. Kacang ini mempunyai sumber lebih daripada 30 vitamin, mineral dan fitonutrien yang memberi manfaat untuk kesihatan anda. Selain itu, kacang ini dapat mencegah penyakit kanser, melindungi sistem saraf, membantu menjaga berat badan, menjaga kesihatan mata, menutrisi kulit, membantu sistem pencernaan dan menurunkan risiko diabetes.
Kacang Pistachio merupakan makanan kaum bangsawan zaman Romawi kuno. Kacang pistachio, adalah merupakan sejenis makanan para genius dahulu dan kini.
Selain kacang pistachio, buah kismes juga makanan genius. Tok Wan sendiri sejak dari darjah 6 sekolah dulu sering makan buah kismes setiap pagi 3 biji sambil selawat keatas Nabi saw. Hasilnya daya ingatan meningkat. Cendekiawan serta ilmuan sering memakan kacang pistachio bersama buah kismes dan dicampur susu dan madu.
Bagi pelajar tahfiz, kacang pistachio dan buah kismes memang tidak dapat dipisahkan kerana makanan ini mempunyai rasa yang lazat serta khasiat yang elok untuk akal fikiran kita.
Memang harganya lebih mahal. Di Kuala Lumpur kalau beli borong harganya RM 70 setiap 1 kg. Kalau beli yang dah siap dalam peket kecil (50 gram) harganya antara RM 3 ke RM 3.20 sen. Namun kerana khasiatnya yang baik apalah sangat dengan harga. Sebab ia mahal sebab pokoknya tak tumbuh kat Malaysia.
Kacang Pistachio punya khasiat tersendiri, antaranya zat besi, folat, kalium, niasin, riboflavin dan zing. Kacang berwarna hijau ini juga mengandungi banyak fitoterol yang dapat membantu menurunkan risiko terkena penyakit jantung serta beberapa jenis kanser.
Para penyelidik di Pennsylvania State University telah melakukan satu kajian. Responden diminta memakan lebih kurang 42 gram pistachio setiap hari. Pada akhir minggu keempat, mereka yang rajin memakan kacang jenis ini berjaya menurunkan sejumlah kadar kolesterol mereka, hingga sekitar 6.7 peratus, dan kolesterol LDL(kolesterol ‘jahat’) hingga 11.6 peratus.
Secara tidak langsung, penurunan kadar kolesterol yang hampir 7 peratus, ini turut menurunkan risiko mendapat penyakit jantung hingga 14 peratus! Selain itu, kacang pistachio juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL), meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL) di dalam tubuh manusia, melindungi usus serta menguatkan hati dan ginjal.
Demikianlah Artikel Manfaat Kacang Pistachio. Patutlah Pelajar Tahfiz Gemar Makan Kacang Ini
Sekianlah artikel Manfaat Kacang Pistachio. Patutlah Pelajar Tahfiz Gemar Makan Kacang Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Manfaat Kacang Pistachio. Patutlah Pelajar Tahfiz Gemar Makan Kacang Ini dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2018/11/manfaat-kacang-pistachio-patutlah.html