Judul : “Ya Allah, Siapa Sahaja PENYEBABNYA, Berilah Pengajaran Sewajarnya,”– Ebit Lew
link : “Ya Allah, Siapa Sahaja PENYEBABNYA, Berilah Pengajaran Sewajarnya,”– Ebit Lew
“Ya Allah, Siapa Sahaja PENYEBABNYA, Berilah Pengajaran Sewajarnya,”– Ebit Lew
Telah selamat jen4zah anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 dikebumikan di tanah perkuburan Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau, Kuala Kedah kira-kira jam 1.45 tengahari tadi.
Pilunya kehilangan wira negara ini masih lagi dirasai. Bukan saja di hati tunang tercinta, keluarga tersayang, bahkan seluruh rakyat Malaysia.
Pengorbanan allahyarham semasa hayatnya, ketika bertugas dibelasah tanpa belas hanya niatnya mahu memadamkan api marak pada kenderaan.
Sungguh! ini perbuatan kejam.
Tiada perikemanusiaan, dan untuk orang-orang sebegini perlu diadili setimpal mengikut jenayah yang mereka lakukan.
Terkesan dengan pemergian allahyarham Muhammad Adib, pendakwah bebas catatkan doa untuknya. Semoga kehilangan wira negara ini mendapat pembelaan yang selayaknya.
“Ya Allah, Siapa Sahaja PENYEBABNYA, Berilah Pengajaran Sewajarnya,”– Ebit Lew
Bomba Bukan Bawa Senjata, Bawa Air Sampai Begini Mereka Kerjakan – Ebit Lew
Sebak pilunya hati ini. Hari tangisan buat seluruh Malaysia dan seluruh insan di dunia. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.. pemergian Allahyarham Muhammad Adib b Mohd Kassim.
Anggota bomba yang syahid dipukul kerana sedang menjalankan tugas ingin menyelamatkan manusia.
Ya Allah anugerahkanlah pahala syahid buat dirinya.. bangkitkannya bersama Nabi-nabi dan Syuhada.
“Ya Allah, Siapa Sahaja PENYEBABNYA, Berilah Pengajaran Sewajarnya,”– Ebit Lew
Berilah Ketabahan Dan Kekuatan Buat Seluruh Ahli Keluarganya
Ya Allah letakkanlah dirinya dalam syurga FirdausMu.
Ya Allah buat seluruh ahli keluarganya berilah ketabahan dan kekuatan. Jagalah seluruh ahli keluarganya.. sayangilah dan berilah rahmat kasih sayangMu.
Tak pernah terfikir begini jadinya di Malaysia. Anggota bomba nak padam api kena begini. Bomba bukan bawa senjata. Bawa air sampai begini mereka kerjakan.
Pembvnuhan kejam.. terbuka.
Setiap yang menjadi penyebab perlu diberi balasan seberat-beratnya. Tiada hati manusia yang ada perasaan tidak bersedih hari ini..
Ya Allah ya Hayyu Ya Qoyyum ya Aziz Al Jabbar Al Mutakabbir hanya padaMu kami mengadu.
Siapa sahaja yang menjadi sebab berilah mereka pengajaran sebenarnya. Hanya padaMu kami bermohon. Kaulah sebaik-baik yang akan mengadili nanti.
Mufti WP gesa kem4tian Muhammad Adib diselesai secara adil
Mufti Wilayah Persekutuan,Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau turut berharap kem4tian Muhammad Adib bukan pengakhiran tr4gedi tersebut.
“Hari ini adalah hari berduka bagi seluruh rakyat Malaysia. Kami menuntut supaya tragedi ini tidak tamat di sini sahaja. Ia patut diselesaikan secepat mungkin oleh pihak berwajib dengan seadil-adilnya,” katanya dalam status dimuat naik dalam akaun Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, malam tadi.
Beliau sebelum itu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mengakui ia saat yang berat untuk ditanggung.
“Saya berdoa supaya keluarganya dikurniakan kesabaran dan ketabahan. Kepada warga bomba, saya bersimpati atas beberapa musibah yang menimpa sebelum ini, termasuklah pemergian Muhammad Adib.
“Semoga almarhum diampun dosanya dan diberi ganjaran yang sewajarnya oleh ALLAH SWT atas sumbangannya menjalankan tugas demi keamanan negara sehingga terkorban nyawa,”katanya.
Rakyat diminta bertenang
Ketua Wanita PKR, Haniza Talha memohon rakyat negara ini bertenang selepas kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut selepas tiga minggu diserang perusuh di Kuil Seri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 November lalu.
Beliau berkata, kes terbabit diserahkan untuk disiasat mengikut undang-undang namun dalam masa sama akan menuntut keadilan buat Allahyarham.
“Kita harus percaya pada proses undang-undang dan kita doakan semoga ia berjalan dengan lancar. Saya minta rakyat turut doakan supaya roh Allahyarham tenang dan dicucuri rahmat.
“Kami turut rasa hiba atas kematian Muhammad Adib yang sebelum ini parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman bulan lalu. Namun, saya ingin mengingatkan semua rakyat Malaysia agar tetap tenang dan turut bersama mendoakan agar rohnya tenang disana,” katanya.
Beliau berkata, Malaysia kini berkabung kerana Muhammad Adib dianggap sebagai wira negara, kejadian berlaku ketika Allahyarham menjalankan tugas demi menjaga keselamatan negara.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Ebit Lew, InfoTerkini via Mnews
Kredit: AisVanilla
Demikianlah Artikel “Ya Allah, Siapa Sahaja PENYEBABNYA, Berilah Pengajaran Sewajarnya,”– Ebit Lew
Sekianlah artikel “Ya Allah, Siapa Sahaja PENYEBABNYA, Berilah Pengajaran Sewajarnya,”– Ebit Lew kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel “Ya Allah, Siapa Sahaja PENYEBABNYA, Berilah Pengajaran Sewajarnya,”– Ebit Lew dengan alamat link https://seadanyaberita.blogspot.com/2018/12/ya-allah-siapa-sahaja-penyebabnya.html